Blogger templates

Home » , » Siri Seram: Bilik Mayat

Siri Seram: Bilik Mayat

Written By ZAIR13PJS on Thursday, May 19, 2016 | 6:51 PM

zali bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital kerajaan yang sibuk di ibu kota. sebagai pengawal keselamatan rutinnya memang selalu bertukar,dari shift pagi,bertukar ke shift malam.
"zali malam ni jaga block c ye,ganti kan hashim terpaksa bercuti emegency,anaknya kemalangan di ipoh." bala memberitahu rutin zali sebaik sahaja dia masuk bekerja malam itu.
"block c?saya seorang ke bala?"
"ya lah you seorang..kenapa?takut ka.?" usik bala.
"tak ada lah." zali tersenyum. walaupun dada terasa sebu dek rasa libang libu,namun dia yakini diri. itu kerja dia. dia mencari rezeki yang halal. apa yang hendak di takutkan itu hanya perasaan yang hadir menganggu sahaja.

zali mengambil cota,buku log dan segugus kunci. dia menyandang begnya yang berisi bekalan makanan. makan malam yang disediakan isterinya jika dia terasa lapar di tengah malam. perlahan lahan dia menyusur kaki lima menuju ke block c. dalam perjalanan sempat pula zali singgah di meja jamilah, salah seorang petugas malam itu,tetapi di block aad bersalin.

" jaga mana hari ni zali?" tanya milah sekadar berbasa basi.
" block c hari ni,ganti abang hashim. dia cuti anak nya kemalangan." jawab zali.
"block c...!" milah seakan akan berbisik perlahan.
"kenapa?" zali yang mendengar bisikan halus milah bertanya. rasa cuak mengisi rongga dadanya.
" tak ada apa,hati hati sahaja. docktor razif baru sahaja ke sana dengan team forensik. ada kemalangan maut tuk buat post mortem. tak lah sunyi sangat dekat block tu."kata milah.
" tak ada pula bala cerita tadi. tak apa lah aku pergi dulu."
zali meninggalkan milah di tempat duduknya. dia kembali mengatur langkah menuju ke bangunan c.

sebaik sahaja dia sampai di meja yang dikhaskan untuk pengawal malam. zali melihat agak ramai orang menanti di ruangan menunggu. ruangan itu terang benderang,selalunya memang begitu jika ada kematian. pasti itu adalah kaum keluarga si mati. mereka kelihatan bersedih sahaja,pemandangan biasa di bilik mayat.siapa lah yang tidak sedih jika terpaksa menghadap kematian insan tersayang. zali menjalankan rutinnya tanpa memperdulikan persekitarannya lagi. selalunya rajin juga zali bertanya kepada waris si mati tetapi kali ini malas pula dia rasa.

ketika jam sudah menginjak ke angka dua pagi, zali masih boleh melihat beberapa orang berlegar di ruang menunggu. ada 3 atau empat orang lelaki dewasa. di satu sudut kelihatan seorang lelaki muda duduk bersendirian,bersandar di dinding. wajahnya kelihatan pucat dan sungul. barangkali kepenatan menanti. tergerak hati zali mahu melihat lihat bersekitaran ruangan menunggu tersebut.

"assalammualaikum..." zali memberi salam kepada salah seorang lelaki tersebut. tangan di hulur bersambut.salam di jawab perlahan.
" siapa yang meninggal..?" tanya zali.
" anak buah saya,kemalangan senja tadi." jawab lelaki tersebut.
" masih menunggu post mortem lah ni?" tanya zali lagi.
" macam tu lah ..kalau boleh memang tak mahu buat,tapi sebab nak buat tuntutan insurance,kena jugalah buat. kena juga lah tunggu. jenazah hendak di bawa balik ke kedah sebaik sahaja selesai." lelaki itu bercerita.
" biasalah bang..memang kena ikut prosedur tu semua." kata zali. mata nya memandang lelaki muda yang duduk agak jauh dari kumpulan itu.

zali meninggalkan kumpulan lelaki tersebut. dia berjalan menuju kepada lelaki muda yang duduk bersendirian di sudut ruangan itu. dia memberi salam sebaik sahaja dia mendekati lelaki berwajah pucat dan sungul itu. salamnya tidak berjawab. barangkali lelaki itu di dalam kesedihan yang teramat sangat sehingga tidak mampu menjawab salam.

"tunggu siapa dik?" tanya zali cuba beramah mesra. tetapi pemuda itu hanya mendiamkan dirinya sahaja. tidak menjawab apa apa. faham lah zali pasti pemuda itu tak mahu di ganggu. biarlah dia melayan walang di hatinya sendiri. zali mengangkat punggung, dia mahu pergi. tetapi pemuda itu tiba tiba memegang lengannya kuat.

zali terkejut. pemuda itu merenungnya dengan mata yang sayu. ada airmata bertakung di kelopak matanya. dia hanya mengeleng seolah olah ingin berkata sesuatu tetapi lidahnya kelu. zali kehairanan,jika mahu bercakap, cakap sahaja lah mustahil pula pemuda itu bisu.

" saya nak pergi dah. sampaikan salam saya pada emak dan keluarga saya kata kan pada mereka semua..saya minta maaf atas segala dosa saya." ujar pemuda itu perlahan. tersekat sekat suaranya menahan sebak di dada.
apa hal pula pemuda ni...lain macam sahaja.
dada zali terasa sebu! otaknya mula memikirkan yang tidak tidak. dia hanya mengangguk perlaha , mengiyakan kata kata pemuda itu. zali atur langkah kaki dia mahu kembali ke meja tugasnya. dia berpusing,beberapa saat kemudian dia menoleh kembali kepada pemuda tersebut,anehnya pemuda itu telah lesap! meremang bulu roma zali. pantas dia menghampiri kumpulan lelaki yang masih menanti jenazah.

sebaik sahaja zali hampir kepada kumpulan tersebut,seorang staf forensik memanggil mereka masuk kerana jenazah sudah siap di urus. tergerak hati zali untuk mengikut kumpulan tersebut masuk. mahu juga dia menziarahi jenazah tersebut.

di atas katil sudah siap mayat berkain kapan, bahagian wajahnya masih terbuka untuk di lihat buat kali terakhir. kedengaran mereka membaca surah al fatihah untuk di sedekahkan kepada jenazah. zali ikut serta. seorang demi seorang melihat jenazah,zali juga tidak ketinggalan.

sebaik sahaja zali melihat wajah jenazah, berderau darahnya. hati yang sebu kembali sebu libang libu. apa yang dia lihat memang tidak mampu di terimanya. pemuda itu! wajah pemuda yang di tegurnya tadi jelas di pelupuk matanya ketika ini. wajah yang kelihatan tenang sahaja. zali mengurut dada. perlahan laha dia meminggir. dia duduk di ruangan menunggu.

kenapa pemuda itu berpesan kepadanya?kalau dia menyampaikan apa yang di katakan pemuda itu mahukah mereka semua percaya?argh..!zali serba salah...dia lebih bimbang di katakan gila dari menyampaikan amanah pemuda itu tetapi itu amanah orang. tidak cuba tidak tahu bagaimana penerimaan orang.

Zali nekad. dia mendapatka lelaki yang bercerita dengannya tadi sebaik sahaja para petugas menolak jenazah ke dalam van jenazah.
"maaf bang...saya serba salah nak cakap tapi saya rasa ini amanah yang harus saya sampaikan..." ucap zali perlahan.
" kenapa encik..bagitahu sahaja insya allah saya mendengar."
" arwah....." zali menyampaikan apa yang di katakan pemuda berwajah pucat dan sugul tadi. mengucap panjang lelaki tersebut.
" allah maha besar, memang abang terpilih untuk melihat keajaiban allah. memang betul senja tadi arwah ada berselisih pendapat dengan emaknya di telefon..emaknya terasa hati kerana arwah tidak pulang menjengah ayahnya yang sedang sakit. saya sendiri tidak nampak sesiapa pu di kerusi itu sepanjang saya menanti."

zali hanya mengeleng. apa yang terjadi padanya hari ini memang tidak masuk dek akal. tapi dia percaya setiap kejadia ada sebabnya,mungkin allah mahu menunjukan kepada dia sesuatu yang dia sendiri tidak tahu. malam itu zali rasakan malamnya sangat panjang di block c yang menempatkan bilik mayat.dia berdoa agar abang hashim cepat pulang,tidak sanggup dia meronda di bilik mayat!

boleh tulis cerita ni depan bilik ni...gilo den ni!pandang bilik ni...datang idea gini..walhal saya hanya menemankan encik suami di unit fisioterapi berhampiran bilik ini.


Penulis: Ida Anuar

0 comments:

Post a Comment

Blogger templates