Blogger templates

Home » , » Siri Seram: Penunggu Akasia

Siri Seram: Penunggu Akasia

Written By ZAIR13PJS on Thursday, May 19, 2016 | 6:52 PM

"azad jom pergi rumah shah, lepak lepak" ajim mengajak adiknya mengikut dia kerumah kawannya shah. malam 31 ogos,duduk di kampung , memang tiada aktiviti menarik. bukan ada sambutan pun.

sebaik sahaja sampai di rumah shah, ralit mereka berbual. berbagai cerita orang bujang menjadi topik perbualan mereka.
"adik aku tak ada ni, pergi rombongan sekolah tak balik balik lagi. dah dekat pukul 10 lebih ni." ujar shah. patut lah dari tadi ajim tidak melihat adik shah.pergi rombongan sekolah rupanya.

tidak lama selepas itu di dalam samar cahaya lampu jalan ajim melihat kelibat adik shah berjalan menuruni bukit berhampiran rumah shah. berdua sahaja mereka tetapi apabila ajim amati lagi dari jauh dia melihat adik shah bertiga pula. pandangan mata dia kah?tetapi di dalam kesamaran dia dapat melihat ada cahaya merah kecil seperti api rokok sedang mengekori adik shah dan rakannya. semakin adik shah mendekati ajim dapat melihat kelibat seseorang bersama mereka,berpakaian putih tetapi kusam,dan seorang yang kelihatan seperti pesakit parkinson,tergigil gigil mengiringi adik shah dan rakannya.

" korang dari mana ni?tegur ajim
" balik dari rombongan sekolah bang"
"berdua je?"
" ye bang berdua sahaja ni" adik shah masuk ke dalam rumah. manakala kawan nya balik ke rumahnya bersebelahan dengan rumah shah.

ajim di buru rasa resah. mereka berdua sahaja sebenarnya,bukan bertiga atau pun berempat. siapa gerangan yang berbaju putih kusam dan si parkinson tadi? ajim tidak mahu peduli tetapi apa yang dia lihat di bawah pokok akasia berhampiran rumah shah menerbitkan rasa takut di hatinya. di dalam kesamaran dia melihat lembaga hitam duduk di bawah pokok akasia,matanya merah menyala memandang tepat ke arah mereka. ajim serba salah. namun dia tidak peduli juga. dia terus berbual dengan shah sambil menikmati biskut marie yang di hidangkan shah.

ralit berbual,sambil mata menjeling le arah pokok akasia, ajim semakin tidak sedap hati. lembaga hitam bermata merah itu masih berada di bawah pokok.seolah olah menunggu dia dan azad pula.

" zad,kau nampak tak apa abang nampak dekat bawah pokok akasia tu..?"tanya ajim kepada azad,hanya untuk meminta kepastian,manalah tahu jika dia hanya berkhayal sahaja.

" aku ingat aku je nampak. abang pun nampak juga ke?dari adik shah balik tadi aku dah nampak bang." azad berkata. sah! benda tu sengaja menguji mereka berdua beradik.

" jom lah balik bang. seram pulak aku." ajak azad. ajim tidak membantah hatinya turut merasa bimbang.

setelah meminta izin shah,mereka berdua laju sahaja menunggang motosikal pulang ke rumah. sebaik sahaja melintasi pokok akasia,mahluk itu masih kelihatan merenung mereka dengan mata merah seperti biji saga.

sebaik sahaja sampai di rumah, ,mereka di leteri ibu mereka kerana pulang terlalu lewat.

" kenapa lewat benar kamu balik?"
" biasalah mak,malam merdeka ni kan."
" banyak lah kamu malam merdeka, aku ni dari jauh dah dengar benda macam orang menjerit masa kamu ada dekat luar tadi." azad dan ajim berpandangan.
" suara menjerit apa mak?"tanya ajim cuak juga dia.
"jeritan ...nyaring betul aku dengar sebaik sahaja kamu berdua sampai. apa yang kamu jumpa dekat luar tu sampai mengikut kamu balik" tanya emaknya. ajim diam. tidak mahu bercerita.

tiba tiba azad menangis. apa hal pula ni? ajim dan emaknya memandang sesama sendiri.

" azad..kau ni dah kenapa?apa sal kau menangis ni?" tanya ajim sambil memegang bahu azad.

" aku dengar suara orang panggil nama kau bang. sayup sayup aje. banyak kali. aku takut bang." azad menjawab. cengeng nya azad,dah lah lelaki buruk benar kalau menangis. nak pula di awal pagi begini.

"sudah,ajim azad pergi ambil air sembahyang,kita solat sunat. lepas tu kita baca yassin. sah ada benda ikut kamu balik ni. lain kali jangan merayau waktu malam begini."kata emaknya.

nasib mereka agak baik kerana malam itu gangguan yang mereka dapat tidak lah seteruk mana. esoknya ajim pergi ke rumah shah. dia memasang niat mahu bertanya kepada shah dan adiknya tentang peristiwa malam tadi.

" masa korang balik semalam,korang tak perasan ke ada benda ikut korang balik?" ajim bertanya kepada adik shah. shah yang tidak tahu apa apa hanya menjadi pendengar setia sahaja.

" tak ada pula bang. kenapa?" tanya adik shah. ajim pun membuka cerita malam tadi. kusyuk shah dan adiknya mendengar.

" entah lah banga, tapi semalam kan ada perkara ganjil berlaku. kan semalam hujan lebat, air naik sampai ke atas jalan dekat kawsaan paya sebelum sekolah tu. mahgrib masa tu,sebab air agak dalam pakcik bas tu berhenri dulu.takut dekat air bertakung tu ada lubang ke apa. kami tunggu sampai air surut. banyak pula ikan naik main main dekat jalan tu,ikut arus air. apa lagi dorang pun sibuk lah kutip ikan.kami pun sama juga. saya siap bawak balik sekor ikan sepat ronggeng. tapi tengok pagi ni mati pula ikan tu."

" maghrib maghrib tangkap ikan buat apa." shah merungut.
"ala bang dah ikan tu atas jalan je,mana boleh tahan tengok je.tangkap lah bawak balik"
" hantu paya lah yang ikut kau balik tu. duduk lepak pula dia dekat bawah pokok akasia atas bukit tu. hurmm...jadinpenunggu akasia lah benda tu.sumpah aku tak kan melepak dengan korang malam malam lagi. sia sia je malam tadi aku dengan azad kena usik sampai kerumah."

shah memandang ajim sambil ketawa.penakut juga sahabatnya ini.baru di uji sedikit memang terus taubat nasuha. bagus juga begitu,sekurang kurang dia tidak lah berjaga sampai lewat malam kerana melayan kawan kawannya.


Penulis: Ida Anuar

0 comments:

Post a Comment

Blogger templates