Blogger templates

Home » , » Siri Seram: Seroja

Siri Seram: Seroja

Written By ZAIR13PJS on Thursday, May 19, 2016 | 6:49 PM

Mohan memandang wajah Seroja yang polos,cantik macam kajol. Alis matanya lentik, keningnya lebat,rambut panjang mengurai. Semua kateria Seroja memikat hati lelakinya. bukan dia seorang sahaja yang jatuh hati dengan Seroja beberapa orang pemuda di kampung juga suka kannya.

"Saya mahu ke bandar untuk bekerja sebelum saya memperisterikan awak seroja. Tunggu saya balik ye..?" Pinta Mohan sebelum dia pergi meninggalkan Seroja si jantung hati. Seroja yang sangat menyintai mohan hanya pasrah melepaskan mohan. Walaupun hati nya bimbang tetapi dia percayakan lelaki itu, Mohan tidak akan curang kepadanya.

tahun terus berlalu..cukup sahaja duit mohan.dia kembali ke kampung. hajat hatinya mahu meminang seroja tetapi khabar duka yang di perolehinya.

"dua bulan selepas kamu pergi mohan,seroja juga pergi. auntie tidak di khabarkan ke mana dia pergi.hari itu seroja hanya kata dia mahu ke pekan. tetapi dia terus tidak pulang. uncle dan abangnya sudah puas mencari,polis juga turut mencari tetapi seroja lenyap begitu sahaja." cerita emak seroja.

mohan kecewa. tidak menyangka sama sekali seroja sanggup memperlakukan dirinya begitu. ke mana cinta dan kasih seroja kepada dirinya. sudah hilangkah rasa seroja,sudah lupakah janjinya kepada cinta mereka. hati mohan retak seribu.

hidup harus di teruskan,dalam keterlukaan hatinya mohan menerima sahaja cadangan emaknya untuk menjodohkan dia dengan seorang gadis lain. anak pada kenalan keluarga mereka. wajahnya persis seroja,terkejut mohan pertama kali dia terpandang sumathi seolah olah dia terpandangkan seroja sahaja. tetapi cepat cepat mohan halau ragu hatinya ,itu bukan seroja,itu adalah sumathi..mereka tidak sama.
mohan menyimpan nama seroja jauh di lubuk hati.seroja yang mengkhianati cinta mereka.dia tidak berdendam,dia anggap seroja itu kenangannya yang paling indah.

mohan berkhawin dengan sumathi dalam majlis yang indah dan meriah. pada malam perkhawinan mereka ketika ahli keluarga dan pengantin sibuk berpesta sumathi tiba tiba pengsan di kamar pengantin. ahli keluarga mereka kelam kabut. tidak pernah sumathi berkeadaan begitu,doktor mengatakan sumathi hanya kepenatan.mohan merasa lega.dia menjaga isterinya yang lena sahaja tidur sehingga dia turut tertidur di birai katil.

"mohan....."sayup sayup mohan mendengar namanya di panggil. mohan pasang telinga.dia mendengar esakan halus di sisinya. dia membuka mata,dia melihat sumathi duduk menupang lutut dengan rambut yang kusut masai.

"sumathi...awak okey.kenapa awak menangis ni?" mohan menghampiri isterinya,rambut sumathi di tolaknya ke belakang.dia terundur menjauh dari sumathi,wanita itu kelihatan lain benar pada pandangan matanya.

"mohan...."gemersik suara itu,tidak ubah seperti suara seroja.
"seroja..."bisik mohan perlahan. adakah sumathi itu seroja.
"mohan...maafkan aku."ucapnya perlahan.
mohan pasti seroja yang berada di depan matanya,bukan sumathi.
"seroja ke mana awak pergi ,kenapa awak tidak tunggu saya."

seroja hanya roh yang menumpang raga sumathi kerana cintanya kepada mohan.

"aku sudah tidak berjasad mohan,aku hanya roh yang tersesat mencari jalan pulang. tolong aku mohan..tolong selamatkan aku. di sini sejuk dan gelap aku takut."

"apa yang terjadi kepadamu seroja...?"

petang itu selepas selesai urusannya di pekan seroja menaiki bas terakhir pulang ke rumah. tidak ramai orang di dalam bas hanya beberapa orang sahaja budak budak muda yang dia kenali. lega sikit hati nya,tidak lah takut sangat jika mahu berjalan pulang.

sebaik sahaja dia turun di bustop berhampiran simpang masuk ke rumahnya,dia mahu menelefon abang atau bapanya untuk menjemput dia tetapi public phone rosak pula. hendak tak hendak terpaksa pula dia berjalan kaki pulang. senja sudah merangkak ke malam. di belakang seroja dua orang lelaki mengekorinya tanpa di sedari.

"raju dan siva...manusia kejam mohan. saya di perkosa,saya di tanam hidup hidup di tebing sungai berhampiran pohon kundang besar. tolong saya mohan...saya takut,sudah lama ketakutan. tolong saya ...tolong saya."

sumathi bangun tanpa di sedarinya,dia membuka pintu. mohan mengejutkan abang dan bapanya supaya mengikutnya mengekori sumathi yang tidak sedar diri. berbekalkan lampu suluh mereka bertiga mengekori sumathi,mohan sempat mencapai cangkul yang tersandar di dinding dapur.

sumathi berhenti betul betul di bawah pohon kundang besar di tepi sungai. dia pengsan di situ,terpaksa pula mohan mengampu sumathi. mohan memberi cangkul kepada abangnya. abang nya tidak tahu apa apa hanya menurut. 20 minit dia mengali,tiada apa yang di jumpai. abang nya sudah mula merungut dia kata mohan gila!

mohan tidak berpuas hati,dia mengambil cangkul dan mengali.galiannya berhasil..dia melihat serpihan tulang tangan manusia dengan seutas rantai tangan emas milik seroja!mohan tahu kerana itu hadiah darinya buat seroja.
di sisi rangka seroja ada sesuatu,sesuatu yang membawa kepada penangkapan raju dan siva

terjawab sudah kehilangan seroja dari hidup mohan. sumathi yang tidak tahu apa apa sebaik sahaja sedar dari pengsannya hanya menangis tidak percaya. dia hanya tahu dia sedang bermimpi seorang gadis datang kepadanya meminta pertolongan. gadis itu asyik menyebut sejuk dan gelap.

seroja telah tiada,seroja telah mati di bunuh dengan kejam. rohnya mencari mohan hanya lelaki itu yang akan mempertahan dirinya,kerana mohan cinta matinya!


Sumber: Ida Anuar, Kalimah Paranormal Team X

0 comments:

Post a Comment

Blogger templates