Blogger templates

Home » , » Siri Seram: Mr.Kagen

Siri Seram: Mr.Kagen

Written By ZAIR13PJS on Thursday, May 19, 2016 | 6:43 PM

"haiya! banyak suwey ooo..." dari luar cabin kontena aku dengar suara mr.kagen merungut rungut. aku tinjau melalui tingkap kecil yang separuh terbuka. kelihatan dia sedang membalut tangannya dengan kain tuala kecil. ada tompok tompok darah kelihatan pada kain tersebut.

"kenapa mr.kagen?" aku menghampiri dia yang sedang bersusah payah membalut lukanya sendiri.
"tumbuk dinding."pendek sahaja jawapannya.
"la dah kenapa tumbuk dinding pula?ada orang bergaduh lagikah?"
" itu budak mynmar sudah kacau seorang perempuan,apa lagi geng dia datang lah belasah budak tu. kebetulan saya ada dekat situ,saya pun tolonglah. tempat orang cari rezeki lagi mau bikin kacau"
"biasa lah mr kagen,dorang datang sini,buat sama macam negara sendiri. bergaduh,mati kena bunuh itu biasa. mr kagen jangan over sangat,sudah tua ma.." aku mengusik lelaki india berusian 50an itu.
"saya mana ada tua..muda lagi." dia ketawa. aku tersengih,mata tidak lepas memandang pangkal leher mr kagen yang penuh dengan tatoo. tatoo apa aku tidak pernah melihatnya secara jelas kerana dia suka memakai baju berkolar. sesekali sahaja dia akan mengenakan pagoda macam hari ini.

"malam ni you duduk pos depan ha..miss nor." arah richard sebaik sahaja aku punch card malam itu.
" okey bos." aku akur. seronok lah dapat duduk dekat pintu masuk. tak perlu kutip duit bakul. hanya mengira bakul yang turun dan naik dari lori sayur dan memberi driver lori kupon untuk di tukar kepada duit atau bakul sayur.

kebetulan tengah malam itu tidak banyak sangat lori turun,selalunya hanya lori sayur dari cameron highland yang akan turun lewat pagi. tetapi di sebabkan cuaca agak kurang baik mereka memang tidak akan turun menghantaran bekalan waktu malam,mereka lebih senang turun ke pasar pada waktu pagi.

aku leka mendengar lagu dari corong radio kecil di atas meja ketika mr kagen datang menjengah. aku yang baru hendak melelapkan mata menjadi segar melihat lelaki india itu.
"ada baik malam ini?" dia bertanya.
" baik mr kagen. bosan sikit,tak ada lori..."jawab aku pula.
"tido lah.."
"kerja lah..mana boleh tido"

mr kagen membuka jaket hitamnya,lalu di sangkut kan pada motosikalnya. dia menyalakan sebatang rokok dan bertenggek di atas moto.meliar matanya memandang persekitaran pasar yang semakin sibuk.
aku masih terpaku di atas kerusi di dalam cabin. melihat mr kagen yang tidak peduli situasi sekelililingnya.

mata ku menangkap susuk tubuh berhampiran mr kagen. seorang lelaki berbaju kuning bagaikan sami siam,memegang serampang tiga mata dan berselempang kuning. matanya kelihatan merah menyala merenung ke arah mr kagen.misai nye juga agak tebal dengan kepala botak kelihatan berminyak. mr kagen tidak pedulikan lelaki itu. mustahil dia tidak melihatnya, lelaki itu berdiri tidak sampai dua meter daripadanya. aku ingin sahaja memberitahu mr kagen akan kehadiran lelaki itu tetapi mulut ku bagaikan tersekat dek batu sebeban.

dua tiga hari juga aku melihat lelaki itu mengikut mr kagen, membonceng motosikalnya,berdiri di belakangnya. yang jelas mr kagen memang tidak melihat lelaki itu berada dekat dengannya.
" kau nampak tak syuk?" aku yang kehairanan bertanya kepada syuk rakan sekerja aku tentang lelaki tersebut.
"nampak apa kak?"
" dah dua tiga hari akak nampak lelaki tu ikut mr kagen. pelik pulak. mr kagen buat tak tahu sahaja."
" mana kak?"
"tu dekat mr kagen tu."
"maaf lah kak,akk ni mengantuk kot.mana ada orang dekat mr kagen tu. dia seorang sahaja tu kan."
"eh betul lah syuk..lelaki tu berjubah kuning,bawak serampang tiga mata. macam sami siam pun ada,sami india pun ada."kata ku cuba menyakinkan syuk.
" tak ada kak..saya tak nampak apa pun".
syuk geleng kepala.
" akak ni suka sangat berhalusinasi. apa yang orang tak nampak itu yang akak nampak. ish..pelik betul saya. hari tu pasal budak kepala botak,ini orang halimunan pula..esok entah pontianak pula yang akak nampak dekat dahan pokok tu.pelik saya."

aku terdiam! ye lah aku akui kata kata syuk,mata aku ini memang selalu benar melihat perkara yang pelik pelik. tidak ada sesapa pun melihat apa yang aku lihat ketika ini. kadang kadang terasa juga di hati apabila tiada sesapa mahu mempercayai mata aku yang melihat.maka aku abaikan lelaki yang mengekori mr kagen walaupun saban malam aku melihatnya. mungkin lelaki itu hantu!

satu malam hujan turun dengan lebat. dari jauh aku melihat mr kagen basah kuyup. dia parking motorsikalnya di belakng cabin tempat aku sedang bekerja.
" time macam ni pula hujan" rungut mr kagen.
aku hnya memandang mr kagen tanpa menjawab. lelaki yang aku panggil sami itu masih ada di sisi mr kagen?aku tidak peduli,hanya memandangnya sekilas. ngeri pun ada!

mr kagen mengeluarkan beg plastik nya sudah basah terkena air hujan. dia mengeluarkan baju yang kering.
" sorry aaa...tukar baju. sejuk ooo.."
" ye lah mr kagen,cepat tukar baju.nanti demam.."aku menjawab perlahan. mata ku sesekali memandang ke arah lelaki itu.tidak lah aku kisah kalaj mr kagen mahu menukar baju nya di situ,dia buka duduk di dala cabin sebaliknya duduk di cucur atap yang terlindung dari hujan..tempat budak2 lain selalu duduk.

aku sempat mengerling mr kagen yang membelakangkan aku. dia membuka bajunya hingga mnyerlahkan susuk tubuhnya
yang agak kekar.sempat lagi mata jadi jahat! aku tersenyum kecil.ishhh...
secara tidak sengaja mata jahat aku terpandangkan tatoo yang elok tercacah di belakang mr kagen. aku pandang lelaki yang berada di sisi mr kagen,kemudian aku pandang pula tatoo yang ada di belakangnya. sama! imej tatoo itu sama dengan lelaki yang berada di sisi mr kagen.bagaimana itu terjadi? aku jadi tidak faham.aku kena tanya mr kagen juga.

apabila mr kagen sudah siap menukar pakaiannya,dia menyalakan sebatang rokok. aku duduk di birai pintu cabin.
" mr kagen...mau tanya sikit boleh?"
"apa?" dia tidak menoleh.
" tatoo dekat belakang you tu buat dekat mana?siam ka?"
"owh you sudah nampak ka? ye lah buat dekat siam a long time a go."
"apa fungsi tatoo tu?"
"jaga sama saya lah,jangan bagi orang suka suka mau buli, bagi sikit berani."
" ada orang jaga you ka mr?"
"mestilah ada..itu orang yang jaga sama saya orang lain tidak nampak punya. dia selalu tolong sama saya. macam saya punya tuhan juga"
"tapi saya nampak..." aku menjawab perlahan.
" ha...you nampak ka.?bagi tau saya mana dia duduk sekarang."
"itu sebelah mr kagen,sedang pandang saya."
"ammak..betul lah you nampak. apa macam you boleh nampak?"
"mana lah saya tahu..tapi itu orang tak kacau saya, cuma tengok sahaja. " ujar ku. seram pun ada rasanya.
macam mana tak seramnya,kalau dah orang lain tak nampak tetapi dia nampak.
"jangan layan ha..dia jaga sama saya saja. you sudah nampak..you diam2"
" ya lah mr kagen.

hujan sudah berhenti, dari jauh aku melihat syuk berlari menuju ke arah aku. tercungap cungap dia bernafas.
"dah kenapa kau syuk?" tanya aku. pintu cabin aku tutup,membiarkan mr kagen bersendirian di luar cabin.
"ada kes bunuh dekat belakang maybank kak. mati dua orang. polis baru sampai."
"mynamar lah tu..apa nak heran,dorang tu memang selalu macam tu. kau kenal ke?"
" kunci pintu kak,kalau ada orang ketuk jangan buka. apa apa walkie saya atau ,richard." lain benar pesanan syuk malam ini. macam lah tidak biasa denga kes yang berlaku dalam pasar borong yang rata ratanya di monopoli oleh bangsa asing.
" aikh...lain macam je pesanan kau ni..."
" jaga jaga kak..hari ni mr kagen jadi mangsa..esok lusa entah kita pula."
"eh syuk..apa maksud kau..mr kagen"
"la..lupa saya nak bagi tahu akak..mr kagen dah mati kak. dia kena tetak dekat mybank tu..tak tahu siapa punye kerja. khabarnya terpenggal kepala dari badan.ngeri kak..."

aku terkedu, lidah ,menjadi kelu. kalau mr kagen dah mati, dengan siapa aku berbual tadi? aku rasa hendak pitam di dalam cabim. aku panggil syuk supaya mendekati aku.

"baru lima minit ni tadi akak berbual dengan mr kagen dekat belakang." bisik ku.
" cuba kau tengok syuk..."syuk akur,dia berpusing ke belakang.syuk geleng kepala.
aku memang tidak menunggu lama,aku suruh syuk panggil budak lain supaya menjaga post hadapan...aku hendak balik!


sumber: Ida Anuar

0 comments:

Post a Comment

Blogger templates