Thursday, May 19, 2016

Cerita Seram: June



Bab 1:

June memandang ke arah perbukitan yang jauh di hujung kampung. Sayu sahaja rasa hatinya.Dahulu di kawasan perbukitan itunlah dia selalu merayau bersama abang dan rakan-rakannya.Ada lembah yang cantik dengan air terjun yang indah.Selalu lah mereka bermandi manda sambil mengutip siput sungai.Tetapi setelah sekian lama mereka tidak lagi pergi ke kawasan perbukitan itu.Teringin juga dia hendak pergi menjengah tetapi dia tiada kawan dan kekangan masa.

"Apa kau pandang tu.?"Aza tiba-tiba datang mengejutkan dia dari belakang.
"Tu ha..bukit tu,kau agak air terjun tu ada lagi tak?"
"Ada lah hilang ke mana pula air terjun tu."Jawab Aza.
"Pergi nak?"
"Bila?"
"Esok...boleh ajak kawan-kawan lain juga."
"Okey juga..set,esok kita pergi nanti aku bagitahu siapa nak pergi."

Seorang pemuda tunduk melihat June yang sedang tidur nyenyak,dikelilingi kabus memutih.Pemuda itu tersenyum sebelum hilang bersama kabus.June terjaga!Mimpi lagi....kerap sangat dia bermimpikan seorang pemuda yang tidak pernah di lihat wajahnya.Hadir tanpa bersuara,June mula-mulanya tidak kisah tetapi sejak dia pulang ke kampung semakin kerap mimpi itu datang bertandang.Hendak bercerita dengan emak atau abahnya dia rasa malu.Nanti takut di cap anak dara gatal pula.Tetapi pemuda itu betul-betul membuatkan dadanya rasa berdebar.

Pagi-pagi lagi aza datang bersama 3 orang rakan mereka yang lain.Suka hati june kerana dapat juga dia datang kembali ke air terjun yang dia suka sangat semasa zaman kecilnya.
"Baik-baik pergi June.."Pesan emaknya,bimbang juga kerana sudah agak lama orang kampung tidak pergi ke kawasan air terjun tersebut.
"Baik mak jangan risau,june dah besar okey."June salam tangan emaknya sebelum mereka bertolak ke kawasan air terjun tersebut.
Riang sahaja mereka berlima berjalan menyusuri jalan kampung sebelum mereka sampai di kawasan sungai.Mereka harus menyusuri denai sungai sebelum sampai ke kawasan air terjun.Cahaya matahari sudah mula terasa berbahang,jam ditangannya sudah menunjukan angka 10 pagi.
Sambil berjalan mereka berbual-bual sehingga tiba di kawasan air terjun tersebut.
"Cantiknya....."June memuji,dia tidak melepaskan peluang mengambil gambar permandangan yang indah.

"Kita pacak khemah dekat sebelah sana lah."Azad menunjukan satu tanah lapang.Memandangkan mereka mahu berada disini sehingga petang,mereka siap membawa keperluan untuk berkhemah.
"Okey..aku dengan june cari kayu,boleh buat unggun api,boleh buat tempat masak sekali."Aza bersuara.
Masing-masing mengambil tugas mereka,mendirikan khemah,mencari kayu api dan memasak air.
June mengeluarkan makanan yang dia bawa sandwich sardin dan 10 bungkus maggie untuk mereka berlima.Aza mengeluarkan nuget dan frenchfries yang belu siap bergoreng.Azad pula membawa periuk dan cerek air..memang lengkap misi perkhemahan mereka diair terjun ini.

June naik ke atas batu yang ada berhampiran khemah,dia mengambil seberapa banyak gambar untuk simpanan peribadinya.Tanpa dia sedari dari atas bukit ada seseorang memerhati tanpa berkelip.Seseorang yang menanti sekian lamanya,seseorang yang sentiasa hadir menganggu lenanya!June...anugerah yang terindah pada dirinya!


Bab 2:

"Apa yang kamu intai?"Sahabat baiknya menepuk bahu Nadim.Dia memberi isyarat supaya dia.
Ayam hutan yang mereka tangkap di letak kan di bawah.
"Sudah lama tiada yang datang bertandang kenapa hari ini ada pula."Tanya Iklas.
"Mana lah aku tahu..."
"Itu...bukankah..."Nadim menekup mulut Iklas.
"Kenapa dia datang ke sini?"
"Kau ingat dia cari aku?"sengaja Nadim menyoal Iklas.
"Sudah tentu lah tidak hanya engkau yang suka mencari dia.Kalau ayahanda kau tahu Nadim,teruk engkau nanti."
"Jadi jangan beritahu ayahanda."Nadim mengambil ayam yang dia letak di bawah lalu dia bergerak menuju jauh ke atas bukit.Dia tahan kan hati daripada melihat gadis genit yang lincah bersama kawan-kawannya.Dia tidak mungkin dapat menyapa.
"Nadim...pergi lah kalau engkau mahu.Aku faham..."
"Apa yang engkau faham?"
"Apa sahaja lah tentang hati engkau itu.Tapi aku ingatkan jangan melangari batas.Kita tetap golongan yang tidak setaraf dengannya.Tidak ada satu pun bangsa kita bersama dengan bangsa gadis itu."
Nadim terdiam.Dia tahu itu...dia golongan jin yang tidak setaraf dengan golongan manusia.Jasadnya di jadikan daripada api manakala manusia dari tanah.Mereka hanya sebahagian bangsa yang taat kepada perintan Allah.Diantara mereka ada dimensi yang tidak akan terbuka kecuali jika Allah mengkehendakinya.

Nadim berpusing kembali menuju ke arah air terjun.Dia melihat gadis itu leka melukis sesuatu.Dia berjalan mendekati gadis yang selalu sahaja berada di dalam akalnya fikirannya.Dia berdiri dibelakang june melihat hasil lukisan june.

June yang leka melukis tercium bauan yang amat wangi.Seperti pernah dia cium sebelum ini.Puas dia memikirkan bau tersebut,di mana dia pernah terciumnya.Bau yang cukup harum,seolah-olah mengugah perasaan nya.Kemudian bau itu menghilang seolah-olah pemilik wangian itu telah pergi jauh darinya.

june turun menyertai rakan-rakannya yang lain.Kertas lukisan di simpannya di dalam box khas.Sehingga lewat petang baru lah mereka pulang.

Usai bersolat isyak June teringat lukisan yang separuh siap semasa dia berada di lokasi air terjun tersebut.Dia mencari boxnya,lantas dibuka.Apabila lukisan itu terbentang di hadapan matanya dia melihat sesuatu yang aneh.Lukisan itu telah siap sepenuhnya.cantik!Lukisan itu seolah-olah hidup.

"SERAUT WAJAH SEULAS SENYUMAN,ANDAI DIMILIKI BERTUAH LAH RAGA"-NADIM.
siapa nadim?June mula merasa pelik,dia tidak pernah ada kawan bernama nadim.


Bab 3: 

June tertanya-tanya,ayat pada lukisannya terkesan di hati.Siapa Nadim?Bagaimana dia boleh menconteng lukisannya pula?Segala persoalan itu tidak mampu june jawab.
"Aza aku nak tunjuk kau sesuatu." June membawa lukisan nya untuk dia tunjukan kepada Aza.Sebaik sahaja dia bentangkan lukisan tersebut,sekali lagi june terkejut.Tulisan itu telah ghaib!
"Cantik lukisan ni,kau lukis ke?"Tanya Aza
"Tak aku tak lukis pun lukisan ni Aza."
"Habis?Tak kan ada orang tolong lukis kan?"
Aza membelek lukisan itu lagi,sungguh dia cukup terpesona dengan pemandangan air terjun yang indah itu.
"Ni mesti kau lukis masa mandi hari tu kan?"
Tanya aza lagi . Tetapi June hanya berdiam diri.Dia termenung sahaja merenung lukisan tersebut.Mana pergi tulisan bernama itu.Hanya kata-kata itu sahaja yang tertinggal di dalam fikiran.
"Hei..dah kenapa dengan kau ni June.?"
"Sorry kau cakap apa Aza?"
Aza memandang June dengan pandangan pelik.Kenapa pula dengan June ini,seperti berkhayal sahaja.
"Sorry aza..aku tak dengar apa kau cakap.Kalau aku cerita dengan kau...kau nak tak percaya?"
"Cerita apa?"
"Pasal lukisan ni...Aza kau percaya tak lukisan ni aku tak lukis pun,ada seseorang lukis.Lepas tu dekat bawah ni ada tulisan siap dengan nama.Tapi hilang dah."
Aza memandang June,peliknya June hari ini...
"Jangan buat lah june,kalau bukan kau habis siapa yang buat?Hantu?Halimunan?"
June jongket bahunya.Tidak tahu...mungkin salah satu dari yang di sebut aza.

June masih memandang lukisan itu sebaik sahaja Aza pulang.Hatinya libang libu memikirkan keanehan yang melanda dirinya.Dia memandang jauh ke arah perbukitan.
Tiba-tiba hidungnya terbau wangian yang sama dia tercium ketika di air terjun kelmarin.Mengiba-iba di bawa angin.June memandang lagi ke arah perbukitan,ada yang menarik di situ seolah-olah ada seseorang sedang melihat dia dengan bau yang cukup semerbak dan mengoncang dadanya.
"Siapa?"Perlahan mulut June bertanya,bertanya kepada siapa?Tidak pula June ketahui tetapi dia terasa ingin bertanya.
Angin yang menghembus lembut menyapa pipinya,seolah-olah sepasang tangan mengelus pipinya.June membuka mata,tiada siapa di sisinya. Barangkali hanya perasaan dia sahaja.
Dia beralih tempat,meninggalkan jendela yang terbuka luas.
Dalam masa yang sama June meninggalkan seseorang yang sedari tadi berada disisinya tanpa dia ketahui! Nadim....

Bab 4:

"Kau pergi sana?" iklas jengilkan mata.Nadim mengangguk.
"Kau masuk ke rumah dia,lihat dia duduk dekat dia?"
Nadim angguk lagi.
"Kau dah gila Nadim..tolong lah jangan buat kerja yang bukan-bukan.Kau tak takut Ayahanda jatuhkan hukum jika tahu kau mencuri-curi masuk ke alam manusia?"Ujar Iklas.
"Aku tak dapat nak tahan kehendak iklas.Setiap hari wajah manis itu sahaja yang bertandang,"
"Tak cukup lagi engkau menganggu fikiran nya di alam mimpi,sekarang kau berani di alam nyata pula.Jangan Nadim..buruk padahnya nanti."
"Aku...."
"Jangan beralasan.Apa pun kita tidak setara dia."Marah Iklas.

Nadim meninggalkan Iklas di bawah pokok manggis,dia naik ke rumah untuk menunaikan solat asar.
"Ke mana sahaja kamu Nadim,dari pagi baru bonda lihat."Tegur Bonda Anum.
"Maaf bonda Nadim ke sungai tadi."
"Buat apa sahaja ke sungai itu?"Bonda Anum mula merasa curiga.Sungai dan air terjun iru adalah persempadanan alam mereka dan alam manusia.Sudah lama tiada mana-mana manusia pun datang ke situ.
"Saja bonda Nadim hanya melihat-lihat."
"Apa yang kamu mahu lihat?Bukan kah ayahanda sudah melarang Nadim ke sana.Tiada apa pun disana.Ikan pun sudah lama tiada."
"Tak ada apa lah bonda."Nadim meninggalkan bonda Anum,dia terus sahaja ke bilik air.

Nadim mengambil kertas dan pensel,mereka walaupun tidak setanding manusia namun teknologi mereka sama sahaja.Jika manusia ke sekolah,mereka juga sama belajar.Tidak ada bezanya,bezanya hanya mereka golongan jin yang terwujud daripada api.
Dia mula melukis,seraut wajah yang berlegar didalam mindanya.Wajah ayu June yang comel dengan tahi lalat di bawah dagunya.Manis sahaja apabila tersenyum.

"Apa kau buat tu Nadim...?"Suara ayahanda nye bergema di dalam bilik.Cepat-cepat dia menyorokkan kertas lukisan nya di bawah naskah al quran.
"Tak ada apa ayahanda,hanya melukis kosong."
"Kenapa tadi ayahanda tidak nampak kamu di surau.?Jangan leka dengan urusan yang tidak-tidak Nadim.Ingat pesan ayahanda."Nadim menelan air liur,jangan lah sampai ayahanda nya tahu.
Nadim turun ke halaman rumah , dia mendapatkan serindit di dalam sangkar,bermain seketika sebelum dia berjalan ke rumah Iklas.Dia melihat iklas sedang ralit berbual dengan adiknya Mawar.
Nadim memberi salam,Mawar hanya menjeling dia dengan senyuman sebelum hilang di dalam rumah.
"Maghrib nanti ke surau tak Nadim?"Tanya Iklas.
"Insya Allah pergi."
"Malam ini ada kiai Salehudin dari kampung raja."Ujar nya lagi.
"Kau tahu siapa Kiai Salehudin?"Tanya Iklas kepada Nadim.
"Aku hanya tahu dia Imam di kampung raja.Kenapa?"
"Hmm..nanti kau ikut aku jumpa dia berbual."
"Ada yang istimewa kah?"
"Ada..nanti kita tahu."
"Malam ini jangan di ganggu gadis itu lagi Nadim,aku bimbang Bonda Anum seolah-olah sudah dapat menghidu perbuatan kau,dia sudah mula bertanya aku."
Dada Nadim berdebar.
"Apa kurangnya Nadim gadis dari golongan kita.Adik aku si mawar pun ada jika kau sudi."Iklas menepuk bahu Nadim.
"Maaf Iklas,hati aku hanya ada pada dia."
Nadim berjeda.
Dia hanya mahukan gadis itu,bukan gadis lain.

Bab 5:

"Maaf,kamu siapa?Kenapa kamu selalu datang di dalam mimpi saya."June duduk di atas buai tali yang di buat di bawah pokok besar.Lelaki itu duduk di tepinya,sebelah tangannya menghayun buaian yang diduduki June.perlahan sahaja tolakannya.
"Saya Nadim..."Jawab lelaki itu.Wajah lelaki itu direnunginya.Keningnya yang lebat dan hitam,rambut lurus tersisir rapi,hidungnya agak mancung,bibirnya merah tersenyum.Wajahnya memang halus dan bercahaya sahaja.Hari ini pertama kali June melihat wajah lelaki itu.Sungguh naluri kewanitaannya mula tersentuh melihat wajah itu.Dan nama itu seolah-olah pernah dia dengari sebelum ini.Tetapi dia lupa.
"Nadim...anehnya nama macam cerita singapura di langgar todak"
June tersenyum,Nadim juga tersenyum.
"Maaf saya tidak sepatutnya datang menganggu lena June"
"Kenapa kamu suka datang?Tanya June lagi.
"Suatu hari June akan tahu...."Jawab Nadim.
"Lukisan itu...Awak kah yang lukis."
"Iya untuk June."
"Kata-kata itu....?"
"Tafsirkan ikut kehendak hati June sendiri."
Nadim tidak bersuara lagi.Dia semakin menjauh dan kemudian menghilang disebalik kabus yang memutih.

June terjaga di tengah malam...Ada rasa dijiwanya.Siapa Nadim?Dia mahukan jawapan pada persoalan yang berlegar didalam kepalanya.Dia harus mencari segala rahsia yang tersembunyi,dan dia rasa dia ada jawapannya.June mula merencana hari esok.

"Assalamualaikum...nek wok!Assalamualaikum..."June tertinjau-tinjau kelibat Nek Wok.Di mana sahaja nenek saudaranya itu berada.
Waalaikumussalam..."Jawabnyan perlahan dari atas rumah.
Tidak bertangguh June meniti anak tangga naik ke atas rumah nenek saudaranya itu.
Usai menyalami orang tua itu,June duduk menghadap neneknya yang sedang mengobek sireh.Wangi betul baunya.
"Kenapa kamu ikut dia?"Tiba-tiba Nek Wok bersuara,kepalanya terteleng ke arah pintu.June ikut berpaling,dengan siapa pula Nek Wok bercakap?Tiada sesiapa pun di situ.
"Kamu melanggari batas sempadan kamu."Bisik Nek Wok perlahan.
"Bukan kah kamu tahu,adat dan peraturannya,tidak takut dijatuhi hukum?"
June sudah meremang bulu romanya,dengan siapa Nek wok bercakap ni?Puas dia memandang tetapi tiada siapa pun disitu.
"Nenek bercakap dengan siapa?"Tanya June
Neneknya memandang June,wajah cucunya memang halus mulus dan cantik,berkulit putih kuning,hidung mancung,bertahi lalat di tepi bibirnya.Patut lah 'orang'itu terpikat.Gumam Nenek Wok di dalam hati.
"Kenapa kamu datang sini?"Nenek wok tidak menjawab pertanyaan June,sebaliknya dia bertanya apa tujuan cucunya itu.
"June saja nak datang lawat nenek."Jawabnya pula.Tiba-tiba dia tidak jadi mahu bercakap tentang tujuannya datang ke situ.
"June..nenek tahu apa yang mahu.Apa yang mahu kau tahu..."Nenek Wok bercakap sambil mengobek sirihnya,wajah June tidak di pandangnya.
"Apa maksud nenek?"Nenek tahu?
"June...buang lah teman kau itu jauh dari hati,kita memang boleh berkawan tetapi tidak ada satu pun diantara kalian berdua yang akan memberi menafaat sesama sendiri.Manusia tidak boleh bersahabat dengan Jin,Jin juga tidak berhak melanggar batas hukum..mahu bersahabat dengan manusia."
"Nenek cakap apa ye..june tak faham."
"Kamu mungkin terlupa...tetapi nenek mahu kamu ingat kembali..."
"Ingat apa nek?"
"Cuba ingat siapa Nadim....."
June terdiam,nenek tahu siapa Nadim?Siapa jejaka itu?yang sering datang di alam mimpinya...

Bab 6:

June berlari ke arah pohon mangga ditepi rumahnya,dia menangis teresak-esak sambil mengusap kepalanya yang terasa sakit akibat di baling batu oleh kanak-kanak lain.
Sakit di kepalanya,sakit dihatinya.Tiada siapa mahu berkawan dengannya.
"Awak kenapa?"Tanya satu suara.June mendongak,dia melihat seorang budak lelaki yang lebih tua darinya berdiri dengan bakul sayur ditangannya.
"Kawan saya baling batu."Jawab June sambil menunjukan dahinya yang sudah benjol dan kemerahan.
Budak lelaki itu meletak kan bakulnya lalu memberikan June sehelai sapu tangan berwarna putih.
"Nah..kesat air mata."Hulurnya.June ambil dan mengelap airmatanya.
"Mari abang tengok bengkak di dahi adik."June hanya menurut membiarkan budak lelaki itu mengusik benjolan didahinya.
"Sakit lagi tak?"Tanyanya.
"Tak..terima kasih abang,Nama saya June,nama abang apa?"
"Nadim..."June tersenyum.Mereka berbual di bawah pokok sebelum Nadim meminta izin untuk pulang kerana hari telah lewat petang.
Sejak itu June sudah tidak sunyi lagi,Nadim rajin berbual dan bermain dengannya.

"Mak Wok tengok lah June tu...asyik bermain dan bercakap sendiri sahaja."Adu Halizah kepada emak saudaranya suatu hari.
"Tak payah risau lah,budak tu tak apa-apa pun."
"Saya risau mak Wok,agaknya June tu alami tekanan perasaan sejak ayahnya meninggal dunia."
"Ada benda kita nampak dengan mata kasar,ada benda kita tak nampak langsung.Biar aje nanti dia baik sendiri lah."
"Saya nak bawa June berubat Mak Wok."
"Hmmm...tak payah nanti aku tolong ubatkan."

"Kanda Wangsa,jangan dibiarkan Nadim lepas bebas berkawan dengan manusia."Wok duduk menghadap seseorang di atas katil berkelambu kuning,bercadar kuning.
"Mengapa?"
"Nadim sudah pandai berkawan dengan manusia kanda,saya bimbang Nadim akan terjerumus dengan kehidupan yang kita sendiri cuba elak kan,sudah-sudahlah dengan apa yang berlaku dahulu..."
"Kanda tidak boleh menghalang Wok,kita berkaitan rapat,Nadim arahnya memang kepada keturunan Daud,hendak kanda apa kan lagi?Mustahil mahu menghukum sedang sebahagian dirinya adalah Daud dan chempaka.Nenek moyang kita."
"Sama seperti kita,pertalian darah kita menyebabkan kita berhubungan,kerana Daud dan chempaka juga."
"Kanda cuma boleh melarang tetapi kalau Nadim tetap ke arah itu,itu fitrahnya sebahagian manusia yang ada dalam dirinya."
"Jika begitu kata kanda,mahu di apa kan lagi."

Wok membiarkan sahaja June bermain bersama Nadim sehingga lah Halizah membawa June berpindah ke Kuala Lumpur.Dan menetap disana.Kasihan Nadim kerana kawannya di bawa pergi.Setia lah Nadim menanti June kembali.

"Kamu tahu June?Nadim tidak pernah tidak menanti kamu."Ujar Nenek Wok.
"Siapa Daud dan chempaka nek?"
"Daud arwah datuk saudara kamu,adik beradik dengan nenek dan nenek kamu.Dia hilang di hutan,tidak pernah lagi kembali.Dia tetap disana..."Nenek Wok menunjukan arah perbukitan.
"Nadim tu?.."
"Dua pupu kamu.Tapi apa pun kamu dan Nadim tak mungkin boleh berkawan..sekadar hubungan biasa itu tidak mengapa tetapi jika lebih dari itu ia sangat di larang walaupun sebahagian dirinya ada lah manusia."
"June hendak melihat Nadim nek..sama macam kecil-kecil dulu...."Pinta june.
Nenek wok memandang June,dia mengeleng.Aduhai cucu macam lah aku tidak tahu apa yang terdetik di hati mu itu!Disatu sudut Nadim hanya menunduk...

Bab 7: 

June pergi ke arah pokok manggis,satu persatu gambaran semasa kecilnya terlayar pada kotak fikirannya.Dia mengelilingi pokok,dia teringat hari terakhir dia bersama Nadim.
"Abang jangan lupa kan June ye,abang kena tunggu June balik ke sini."Esakan kecil kedengaran dari bibir June yang kecil dan mongel.
"Insya Allah abang tunggu June balik nanti."

Patut la Nadim datang mencarinya kembali,kerana janji lelaki itu mahu menantinya.Sayangnya June tidak boleh melihat Nadim di alam nyata.June duduk di bawah pohon manggis.Disaat dia disakiti ,nadim datang mengubati.Disaat dia bersendirian lelaki itu juga yang datang menemaninya.Mengapa apabila ibunya membawa dia ke kuala lumpur,dia terlupakan nadim.
"Maaf kan June sebab terlupa kan abang."June bersuara halus.
Dia tercium bauan paling wangi yang pernah dia hidu.June tersenyum,dia tahu itu bau Nadim.
"Abang...June minta maaf sebab sekian lama June pergi dan terlupakan abang."Bisiknya perlahan.
Nadim yang berada di belakang June hanya tersenyum.Dia tidak mampu menunjukan wajahnya di hadapan June,kerana wanita itu tidak lagi berkebolehan melihat wajahnya melalui dua matanya.Hijab si wanita telah tertutup sepenuhnya,maka dia hanya boleh hadir didalam mimpi June.
"Kenapa June tidak boleh melihat abang lagi...."Ada sendu didalam jiwanya.Sungguh dia ingin melihat Nadim di dunia nyata.Tetapi kenapa dia tidak berupaya lagi melakukan begitu.

Aza melihat June yang muram sahaja,kasihan juga dia mendengar cerita June tentang Nadim.Seingat dia June memang tak berapa sangat berkawan dengan mereka,June memang lebih suka bersendirian.
"June,nadim bukan manusia"
"ya aza aku tahu..."
"Kalau dah tahu jangan lah itu juga yang kau mahu."Bisik Aza.
June hanya tersenyum,soal hati siapa lah yang tahu.sekian lamanya Nadim hadir dalam mimpinya,kemudian dia tahu siapa Nadim lagi jiwanya ingin sangat bertemu nadim.Ingin melihat lelaki itu dengan pancainderanya tetapi deria 6nya telah tertutup.
"Sekali sahaja,kalau akua diberi peluang."June seolah-olah merayu pula.
"Kalau boleh sekali pun jangan June...Aku takut nanti kau sendiri yang susah."
June berjeda.Mungkin dia akan susah hendak melupakan.
"Ingat June,manusia dan mahluk halus tak akan berjodoh"
"Tapi atuk Daud dengan Chempaka?Kenapa boleh..."
June mula mempertikaikan nya.
"Aku tak ada jawapan tentang itu June.
"Kenapa tidak aku juga..."
aza mengeleng,june sudah mula berfikir sesuatu yang mustahil!

Bab 8: 

"Kau kesana lagi Nadim?"Tanya Iklas
"Nadim ke mana?"Suara Wangsa menyebabkan dada Nadim bagaikan mahu pecah.Habis lah rahsia dia pasti terbongkar hari ini.
Iklas terkumpal-kumpal mahu bersuara,tiba-tiba dia rasa bersalah pula.
"Kamu tidak menjawab lagi pertanyaan ayahanda Nadim."Wangsa bersuara lagi.
"Maaf Nadim..."Iklas menepuk bahau sahabatnya,dia bersalah tetapi dalam hal ini dia tidak dapat lagi membantu.
"Nadim...."Suara Wangsa sudah mula meninggi.
"Ya Ayahanda."Nadim menjawab perlahan.
"Ayahanda bertanya kamu ke mana?"
"Maaf Ayahanda,Nadim ke tepi sungai,ke rumah Nek Wok."
Wajah wangsa berubah.
"Kamu buat apa kesana?Mencari gadis itu lagi?Dia sudah kembali?"
Bertalu-talu wangsa bertanya.Nadim mengeluh.
"Ya Ayahanda...."
Wangsa mengeleng,ke sana juga arah si Nadim.
"Bukan kah ayahanda telah lama melarang kamu ke sana Nadim.Bukan kah gadis itu telah lama patut engkau buang dari akal fikirmu."
"Maaf ayahanda...anakanda."
"Kamu sama degil dengan nenda kamu juga Nadim."Wangsa mendengus.

"Nenda chempaka!"Nadim mendapatkan nendanya yang sedang duduk memandang kuntuman bunga yang sedang mekar.
"Kamu Nadim,mimpi agaknya datang ke mari."Nadim tersengih.Dia mencari kelibat datuknya Daud.
"Mana datuk?"Tanya Nadim.
"Datuk kamu ada urusan dengan Imam Salehudin,kamu tahu bukan Imam itu baru sahaja datang ke mari."
"Siapa Imam Salehudin?"
"Sahabat datuk Kamu dari Stong."
Nadim terdiam.
"Kamu kenapa cucuku..."Chempaka memgusap anak rambut Nadim yang terjuntai mencecah dahi.Nadim diam tidak berkata.
"Nenda faham..."Chempaka bersuara lagi.
"Bukan salah kita kalau benar kita menyukai mahluk di sebalik sana.Datuk kamu juga dari sana Nadim,kamu tahu itu...tetapi Datuk kamu memilih untuk tinggal disini,dia memilih untuk berkorban raganya demi nenda.Sesuatu yang sangat di larang,sesuatu yang melanggar batas hukum"
"Kami telah lama terhukum Nadim,nenda tidak mahu kamu turut merasainya.Kasihan Datuk kamu,setiap hari,setiap saat dia begitu merindui alam sana.Sentiasa mencari peluang pulang bertemu adik-adiknya.Walaupun tidak lama sekejap sudah memadai.Mustahil June akan menjadi sekuat datuk kamu,kamu tidak boleh hidup dikalangan mereka kalau kamu mahu.Hanya June yang boleh ke mari dan menjadi bahagian diri kamu."

Nadim terdiam,mustahil June akan sanggup melakukan itu semua demi sebuah rasa yang tidak sepatutnya terwujud.

June terjaga didalam lenanya.Bau haruman aneh itu menyucuk rongga hidungnya.Matanya yang kabur tanpa cermin mata memperlihatkan imej seseorang.I ej seorang lelaki sedang berdiri disudut biliknya.Melalui bau itu dia tahu itu Nadim.
"Nadim?"June bersuara perlahan.
"Nadim terkejut,June dapat melihat dia?
"Pukul 1 pagi abang disini?"
"June boleh melihat?"Nadim bersuara.
"Mendengar juga!"Sahut June.Dia juga merasa pelik,mengapa tiba-tiba dia boleh melihat Nadim dan berbicara lagi dengan lelaki itu.
Nadim berdebar,June boleh melihat dia?Mengapa boleh jadi begitu?Malu pula rasanya,apabila June dapat menangkap dia datang melihat gadis itu tengah malam begini.
"Maaf..."Nadim terus berlalu meninggalkan June dengan ucapan maaf,dia malu!

Bab 9:

"Aku pelik,bagaimana dia boleh melihat aku?"
"Ada sesuatu yang berlaku agaknya."Ujar Iklas
"Mungkin...."
Wangsa yang mendengar tersenyum,June boleh melihat Nadim kerana dia yang membuka mata halus gadis itu.Dia tidak bertujuan jahat dia hanya mahu June tahu siapa lelaki yang selalu mengintai di dalam sedar mahu di waktu tidurnya supaya Nadim tidak sewenang-wenangnya pergi melihat June.Dia tidak mahu Nadim melakukan sesuatu yang tidak wajar,lebih baik June mampu melihat Nadim supaya mudah dia melindungi diri sendiri.
"Bagus lah kalau June dapat melihat engkau."
"Bagus engkau kata...Kalau dia dapat melihat aku maknanya aku tak boleh lagi mencuri."
"Siapa suruh engkau mencuri..."
"Aku malu,dulu masa kecil tentu lah tak sama bila dewasa."
Iklas ketawa,dia fikir Nadim sudah lama membuang rasa malunya dengan mencuri selalu,ada juga rasa malu di hati Nadim.Baru dia tahu perbuatan dia mencuri itu salah.
"Apa yang kau curi Nadim..."Iklas sengaja mengusik.
"Mencuri pandang sahaja lah bukan luak pun."
Nadim mula memasamkan wajahnya,Iklas ni macam tidak faham pula.
"Memang tak luak mencuri pandang anak gadis orang tetapi perbuatan kau itu salah Nadim.Kau bebas melihat dia melakukan apa sahaja,aku rasa waktu dia menukar pakaian pun mesti kau lihat."
"Maaf,aku bukan begitu Iklas,aku tidak memandang dia pada waktu yang tidak kena tempatnya.Aku hanya melihat ketika dia tidur sahaja,cantik.Macam bayi."
"Engkau kerasukan sebab itu lah engkau begini."
"Kerasukan apa pula,itu hanya perkara normal pada aku..."
"Normal kalau orang yang kau idamkan sekufu dengan kita Nadim,kau kena ingat itu."

June melihat kembali lukisan pemandangan di air terjun,cantik.Nadim memang pandai melukis,bermain dengan warna.
"Sudah lah tu June,lukisan tu aje lah yang kau tenung dari tadi.Kau dah kenapa?"
June meletak kan lukisan itu kembali.Mana lah Aza tahu apa yang bergolak dihatinya.
"Kau tahu..tiba-tiba aku berupaya melihat Nadim."June berbisik.
"Ha..macam mana pula tu."
"Entah..aku terjaga tengah malam,samar-samar aku lihat dia,masa tu kan tak pakai cermin mata.Bau nya pun aku dah cam."
"Peka betul engkau dengan mahluk halus tu June."
"Aku rasa diri aku sebati dengan dia Aza."
"Kau jangan main-main lah bab macam ni June,takut aku.Nanti tak pasal-pasal kau di larikan bunian macam cerita yang aku selalu dengar,nanti dia bagi kau makan nasi tapi bukan nasi yang kau makan tetapi ulat.Eh aku tak boleh bayangkan lah...loya tekak!"
"Memang macam tu ke?"
"Iye lah agaknya...aku mana tahu."
"Kau kena berubat June..kena lupakan Nadim...kau kena kawin dgn manusia,bukan Jin..mengarut semua tu."Omel Aza.
June mengeluh,perkataan Jin itu menyesak dadanya,itunlah penghalang utama mereka.June menunduk,sepintas hidungnya tercium bau wangi itu lago,Nadim berada dekat sini!Dia mendongak,mencari...sayangnya bayangan itu tidak pula menjelma didepan mata.
"June..aku balik dulu..."Aza yang turut tercium bau yang sama merasa seram!Mengapa june mesti suka kepada lelaki halimunan itu pula!Bulu romanya meremang...dia meninggalkan June sendirian.

Bab 10:

June tahu Nadim berada berdekatan dengannya,perlahan-lahan disebalik kabut yang menebal Nadim muncul dengan senyuman tetapi ada seseorang bersamanya.
"Assalamualaikum..."Lelaki tua yang datang bersama Nadim memberi salam.June menjawab perlahan.
"Nenek wok kamu ada?"Tanya lelaki itu.
"Ada,naik lah..."June mempelawa mereka naik kerumah.June turut hilang kedalam rumah.
Dari sebalik pintu bilik June cuba memasang telinga mahu mendengar bicara nenek Wok dengan lelaki yang bersama dengan Nadim tadi tetapi bicara mereka terlalu perlahan.
Nadim hanya duduk mendengar bicara kedua datuk dan neneknya itu.Hatinya resah dan gelisah.Dia tahu semuanya akan berpenghujung,dia sudah tidak punya pilihan..satu pun tiada kecuali melepaskan.Sungguhnya bibirnya tidak pernah berkata suka dan sayang tapi hatinya sentiasa berirama senada sahaja.

"Nadim,nenda faham kamu susah mahu menerima.Kami memang tidak boleh melepaskan June untuk kamu,datuk kamu juga tak mampu lepaskan kamu untuk kami.Dunia kita tidak sama,Terima lah keadaan ini seadanya Nadim.Cinta tidak semestinya bersatu."Nadim tertunduk merenung lantai.Ya dia faham,dia mahluk tidak berjasad..walaupun hanya nampaknya begitu.Kejadian nya tidak sama.Tanah dan api tidak mungkin akan bersatu.
"June..."Panggil Nek wok,June keluar menghampiri mereka dia duduk di sebelah nek wok.
"June..."Lembut suara lelaki tua itu bercakap dengan nya.June hanya memandang.
"Kamu suka Nadim?"Tanya lelaki itu,June menunduk,siapa lah dia untuk berkata suka,walaupun hatinya memang tertarik.
"Nenda minta maaf...Nadim mahu pun June jika ada diantara kamu berdua menyimpan rasa suka,nenda harap kamu lupakan lah.June manusia,Nadim bukan manusia biasa.June seorang yang terpelajar,Nadim hebat dengan agama...jadi kamu berdua patut sedar."
June rasa tersinggung,tetapi dia tidak mahu membantah.Nadim terasa hatinya pedih namun dia akur kerana dia memang tidak ada apa-apa pilihan lagi.

"Saya mohon maaf,kerana salah saya mendekati June.Saya berharap June akan bahagia kelak,dunia dan akhirat.cuma saya berharap silaturrahim itu tidak terlerai.Tidak ada benci membenci."
Perlahan sahaja suara Nadim,June tidak mampu bersuara,dia bangun menghilangkan diri.Ada air jernih mengalir di pipinya.

June menguis butiran pasir yang melekat di kakinya.Hampir setahun dia tidak pernah lagi di kunjungi Nadim.Hatinya juga sudah melupakan lelaki itu hanya menyimpan segala rasa jauh disudut hatinya.Selepas ini dia tidak akan duduk lagi dibawah pokok manggis dimana dia dan Nadim selalu bermain.

Hari ini dia akan menjadi tunangan orang,dia hanya menuruti apa yang terbaik dari emaknya.Siapa lelaki yang bakal menjadi isterinya tidak dia kisahkan,asalkan baik tahu tanggungjawab June tidak kisah.

"Maaf...."June menoleh.Dia terkejut,wajah dihadapannya dipandang tanpa berkelip.
"Saya Syed Nadim...awak June kan?"
Tanya nya lagi.
"Iya...awak siapa ye...?"
"Saya dari rumah awak..."Katanya lagi,kalau dia dari rumah June bermakna lelaki ini kah yang datang merisik dia untuk dijadikan isteri.
Dunianya seakan berpusing seketika.Mata dia menipu kah?Nama yang sama,wajah yang serupa dan tersenyum menyapa buat dia rasa hendak pengsan.June berlari ke rumah meninggalkan syed Nadim bersendirian.Pelik pula dia melihat wanita itu.

"Nenek ...kenapa?"Tanya nya.
"Cu...dalam dunia ini kita miliki 7 kembar seiras.Tidak mustahil salah satunya datang dari dunia lain.Nadim disana mungkin ada kembarnya didunia kita...Syukur akan kebetulan setidak-tidaknya walau tidak kamu milik Nadim..kamu ada Syed Nadim...wajah yang sama ,nama yang serupa walaupun hakikatnya berbeza."

June terduduk!Fakta kah itu.....

Tamat!

Penulis: Ida Auar
MOHD ZAIRIE Web Developer

Morbi aliquam fringilla nisl. Pellentesque eleifend condimentum tellus, vel vulputate tortor malesuada sit amet. Aliquam vel vestibulum metus. Aenean ut mi aucto.

No comments:

Post a Comment