Blogger templates

Home » , » Siri Seram

Siri Seram

Written By ZAIR13PJS on Thursday, May 19, 2016 | 7:51 PM

Masih terbayang bayang di mata zaki,betapa besarnya sarang lebah di atas dahan pokok talang yang dia jumpa semasa mencari petai dan keledas semalam. dia bercadang mahu mengajak razak mengambil madu lebah esok.
"jom jak,mesti banyak madunya" ajak zaki. razak hanya diam. tidak pernah lagi dia mencuba mengambil madu daripada sarang lebah di dahan talang. apatah lagi itu adalah pantang nenek moyang yang harus dia patuhi.

" ingat razak, jangan sesekali kau berani mengambil madu lebah yang bersarang di dahan talang. keturunan kita di larang sama sekali ." teringat razak pesan arwah datuknya. kenapa keturunannya di larang tidak pula razak ketahui sebabnya. mungkin bapanya lebih tahu. madu dari dahan talang adalah madu paling baik kualitinya,harganya pun mahal.
"jom lah jak,aku ajak rosli sekali nanti.hasilnya mesti lumayan,nanti boleh kita kongsi bertiga.kau pun mesti nak guna duit kan.."

"memang lah aku nak guna duit tapi pesanan arwah datuk aku tu tak boleh aku pandang ringan."razak masih berbelah bahagi.mahu atau tidak,hati kata mahu. akal berkata jangan.

"aku rasa pesanan tu sebabnya satu sahaja jak, pokok tu kan besar,tinggi mencucuk langit..mesti dia lebih bimbangkan kau memanjat sahaja.bukan ada sebab lain pun."

zaki terus menghasut razak mengikut dia dan rosli esok. razak masih tidak memberi jawapan yang pasti tetapi zaki tidak peduli. esok dia akan bersiap sedia dengan kelengkapanya.pasti razak tidak akan membantah jika dia dan rosli sudah terjonggol di muka pintu.

esoknya pagi pagi lagi zaki dan rosli sudah datang ke rumahnya,siap dengan segala kelengkapan. mengeluh razak melihat sahabat sahabatnya. serba salah dia.

"jom jak,kami dah siap semua ,tunggu kau je ni" kata rosli.
"kalau aku tak nak pergi?"
"ala jak jangan macam tu. insya allah tak ada apa apa punya. kita mencari rezeki" pujuk zaki.
melihat wajah zaki dan rosli ,razak tidak sampai hati. mengalah juga dia akhirnya.

mereka bertiga masuk ke dalam hutan ,sebaik sahaja berjumpa dengan pohon talang yang di jumpai zaki semalam,terkaku razak seketika. patut lah beriya iya zaki mengajak dia. rupanya sarang lebah itu memang besar,titisan madu kelihatan menghitam di dahan talang. mahu 30 botol juga madunya nanti. 

razak mengambil tali, dia sudah bersiap sedia melumurkan minyak di badannya. jamung yang agak besar sudah tersisip di pinggang. lighter sudah siap di dalam poket seluar panjangnya.
perlahan lahan razak memanjat,sambil berselawat ke atas nabi tidak lekang zikir di bibirnya.

akhirnya razak sampai juga pada dahan berhampiran sarang lebah. beribu lebah kelihatan keluar masuk dari sarangnya. bau madu semakin menyengat pada derianya. enak baunya. razak meraba saku seluarnya, jamung harus dinyalakan untuk menghalau lebah . sebaik sahaja dia cuba menyalakan jamung,lighternya terlepas dari tangan. spontan dia memandang ke bawah.

"allahhuakbhar,"..terjerit razak dari atas pokok.

dia melepas kan jamung ke bawah. tergesa gesa dia melorot turun dengan tali yang terikat kemas di pinggang. nyaris dia tidak terhempas ke bumi. sebaik sahaja dia menjejak kan kaki ke tanah,zaki dan rosli meluru mendapatkan razak. wajah razak menjadi pucat lesi tidak berdarah.

"jom balik,zaki..lie. aku tak sanggup. sebelum terjadi apa apa baik kita balik. ini bukan hak kita,bukan rezeki kita" sebaik sahaja razak berkata begitu dia terus bangun dan berlalu. dia tidak peduli lagi dengan panggilan zaki dan rosli.

tiga hari zaki dan rosli tidak melihat wajah razak di warung kopi setelah balik dari hutan kelmarin. kata isteri razak,dia pulang ke kampung bapanya. entah apa halnya,tidak pula mereka tahu.sehinggalah pada hari ke empat baru kelibat razak kelihatan.

"ke mana saja kau pergi razak?" tanya zaki.
"aku balik kampung." jawab razak pendek. malas dia mahu bercerita. dia hanya menemui bapanya untuk mngetahui kaitan peringatan arwah datuknya tentang madu di dahan talang.

"apa yang kau sembunyikan?hari tu masa memanjat kenapa kau turun macam orang ketakutan?" tanya zaki lagi. dari hari tu dia ingin sangat mengetahui dari sahabatnya itu.
razak hela nafas panjang. mungkin dia harus bercerita supaya zaki dan rosli tidak lagi mengajak dia mencari madu lebah dahan talang.

"masa aku tengok lihgter tu jatuh,aku tak nampak pun lighter tu. aku nampak ada lembaga hitam besar hitam ,macam lebah terbentuk.kedua belah tangan lembaga tu memegang kepala kau dan rosli. di bawah tu aku lihat habis kaki tangan korang berdua bercerai dari badan. sebab tu lah aku melorot turun. nasib aku baik sebab tali yang mengikat badan aku tu kukuh. kalau tidak,mesti aku yang berkecai terhempas ke tanah. aku balik kampung tu sebab mahu mencari jawapan atas apa yang aku lihat."

terdiam zaki mendengar cerita razak.
"puaka pokok talang memang suka menyesatkan pencari madu macam kita. mungkin lebah tu belaan puaka tu..sebab tu dia buat kita berhalusinasi. sedangkan apa yang kita nampak tak sama dengan apa yang ada di bawah. kata bapa aku,hanya orang yang tahu pantang larang nya sahaja boleh mengambil madu dahan talang.aku ni tak cukup ilmu lagi.mujur aku berumur panjang.kalau tidak 4 hari lepas korang usung mayat aku sahaja tahu.pasti bini aku sekarang bersiap sedia buat kenduri arwah untuk aku."

zaki menepuk bahu razak. lain kali dia tak akan mengajak razak ke hutan lagi. cukup lah razak seorang teruji. kalau dia? belum tentu semangatnya sekuat razak. zaki tidak dapat membayangkan jika benar kepala terpisah dari badan. pasti azab di kokak puaka pokok talang!

0 comments:

Post a Comment

Blogger templates